
“Saya pernah menjelajah ke seluruh negara ketika dalam misi mencari pemain bagi skuad MyTeam pada 2006 serta 2007 dan satu masalah besar yang saya temui ialah persatuan bola sepak di hampir keseluruhan daerah di negara ini tidak berfungsi.
“Pada perkiraan saya, 80 peratus persatuan bola sepak daerah tidak aktif sekali gus bermakna mereka tidak langsung menjalankan aktiviti seperti liga atau sebagainya. Bagaimana bola sepak kita mahu membangun sekiranya tiada pertandingan di peringkat akar umbi?
“Ini adalah suatu perkara yang perlu diberikan perhatian serius oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana selaku badan induk, FAM sering dipersalahkan kerana kekalahan skuad kebangsaan kita. Mereka sepatutnya berfikir bagaimana untuk menjalankan kerja pembangunan dengan kerjasama persatuan bola sepak negeri dan daerah.
No comments:
Post a Comment