Wednesday, February 4, 2009

Piala FA: KL Plus tersingkir - Utusan

5 Feb 2009

KUALA LUMPUR - Hajat KL Plus untuk mengulangi prestasi musim lalu layak ke pusingan kedua Piala FA tidak kesampaian selepas tewas agregat 2-1 kepada Harimau Muda di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur semalam.

Walaupun menang 1-0 dalam perlawanan kedua pusingan pertama semalam hasil jaringan Bobby Gonzales pada minit ke-35 tetapi ia gagal untuk membantu pasukan Liga Super itu apabila mereka tewas pada perlawanan pertama 2-0 ke atas Harimau Muda minggu lepas.

Lebih mengecewakan peluang KL Plus untuk menyamakan agregat 2-2 pada minit-minit akhir perlawanan juga tidak berjaya apabila sepakan penalti Bobby pada minit ke-88 berjaya diselamatkan penjaga gol Harimau Muda, K.Sasikumar.

Satu lagi perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyaksikan PKNS layak menerusi jaringan agregat 3-1 selepas menang ke atas Pahang dalam perlawanan kedua pusingan pertama semalam.

Turut mara ke pusingan kedua Piala FA ialah Terengganu T Team, UPB-MyTeam, Pulau Pinang, Perak, Sarawak dan Perlis yang mengesahkan kemaraan, kelmarin.

No comments:

Post a Comment