Monday, January 5, 2009

Awasi Seladang - HMetro

6 Jan 2009

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

PROSPEK persembahan skuad Gergasi Merah ketika berdepan Perak perlu diambil kira bagi memastikan skuad bimbingan K Devan memungut mata kemenangan kedua berturut-turut di Shah Alam, malam esok.

Hakikatnya diakui sendiri pengurus pasukan, Zakaria Abd Rahim apabila beliau menganggap skuad yang dikenali dengan jolokan Seladang bukan seperti yang dikenali sebelum ini.

Ini kerana, beliau mengambil kira faktor kemenangan Perak yang menjadi satu-satunya tuan rumah mencatat kemenangan pada aksi pembukaan Liga Super, kelmarin sebagai langkah berjaga-jaga walaupun beraksi di tempat sendiri.

“Kita akan membuat perbincangan dengan pemain sebelum perlawanan itu kerana Perak bukan lagi pasukan belasahan. Ramai menyedari, saingan Liga Malaysia musim ini cukup seimbang.

“Kemenangan pertama kami sebagai isyarat awal bahawa saingan musim ini kelihatan menarik dengan setiap pasukan terdiri daripada anak tempatan. Sebab itulah, kami lebih melihat kepada keseluruhan pasukan sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Mengenai peluang sama ada menang atau tidak di laman sendiri, beliau berkata, secara nyata, sudah tentu skuad Selangor memiliki kelebihan di tempat sendiri tetapi beliau mengingatkan ia bukanlah jaminan kerana corak permainan lawan sebenarnya dua kali ganda.

“Kami sebenarnya tidak terlalu menaruh keyakinan bahawa mampu meraih kemenangan mudah sebaliknya perlu lihat bagaimana aksi lawan dalam usaha menyekat permainan kami.

“Beraksi di tempat sendiri jelasnya cukup mudah namun pemain perlu berhati-hati dengan keinginan lawan mencuri sebarang peluang.

“Sama ada mutu permainan meningkat pada perlawanan itu nanti, kami tidak mampu memberi sebarang jaminan kerana ia bergantung kepada keadaan padang serta beberapa perkara lain yang berkaitan,” katanya.

No comments:

Post a Comment