Saturday, January 10, 2009

Selangor terus gah tunjuk taring - BHarian

Jan 11, 2009

Oleh Mohd Fadzrie Hazis, Wan Faizal Ismayatim, Norakmah Mat Youb, Bashah Zainol Abidin, Hamid Salleh, Asrol Awang dan Azizan Hashim (bhsukan@bharian.com.my)

PENYERANG Selangor, Safee cuba menggelecek penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Farizal Harun pada saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. Selangor menang 3-0.

Kedah malang lagi sekadar seri di Alor Star

SELANGOR memahat nama sebagai calon juara Liga Super 2009 apabila menjarakkan kedudukan dalam carta mata selepas menang 3-0 mengatasi Negeri Sembilan manakala Kedah meneruskan aksi longlai di Stadium Darulaman apabila sekadar seri 0-0 ketika bertemu Johor FC, malam tadi.

Di Stadium Shah Alam, Selangor yang bertemu Negeri Sembilan dalam perlawanan dua pasukan teratas, membuka tirai jaringan menerusi tindakan susulan Amirulhadi Zainal pada minit ke-21 selepas ledakan Safee Sali termuntah daripada dakapan penjaga gol Farizal Harun.

Belum sempat Negeri Sembilan menyusun langkah, barisan K Devan sekali lagi menembusi gawang pelawat menerusi Fareez Asmawi pada minit ke-27.

Kapten Selangor, Amri Yahyah menebus kesilapannya gagal melaksanakan sepakan penalti pada minit ke-70 dengan jaringan peribadi lima minit selepas itu untuk melengkapkan kemenangan bergaya Merah Kuning.

Di Stadium Darulaman, ketumpulan jentera serangan Kedah terus membawa padah apabila gagal mencatat kemenangan pertama ketika berdepan Johor FC yang kini mengumpul lima mata.

No comments:

Post a Comment