Monday, January 5, 2009

Selangor tekad belasah Perak - Kosmo

6 Jan 2009

KHAIRUL ANUAR (kanan) tuntut rentak konsisten daripada rakan sepasukan apabila mereka melayan kunjungan Perak di Stadium Shah Alam malam ini.

SELANGOR tidak akan terus lena dibuai kejayaan menjuarai Piala Sumbangsih 2009 Sabtu lalu, sebaliknya mahu terus fokus pada aksi menentang Perak pada perlawanan kedua Liga Super di Stadium Shah Alam malam ini.

Tonggak pertahanan Selangor, Khairul Anuar Baharom berkata, kejayaan menewaskan Kedah 4-1 itu sudah boleh dianggap sebagai sejarah kerana pemain kini mempunyai tugas baru iaitu untuk menewaskan Perak pula.

"Kami bermain dengan memberi fokus daripada satu perlawanan ke satu perlawanan lain.

Pada perlawanan menentang Perak ini sudah pasti kami mahu tiga mata penuh.

"Saya berharap agar rakan-rakan sepasukan serta penyokong Selangor datang memenuhi stadium bagi memberikan sokongan dan semangat kepada kami," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Khairul, 35, berjaya membentuk gandingan mantap di barisan pertahanan bersama Nasriq Baharom, Razman Roslan dan P. Gunalan dalam menyerap serangan Kedah, Sabtu lalu tetapi gawang mereka akhirnya bocor menerusi jaringan Khyrl Muhymeen pada minit ke-89.

"Sebagai pemain pertahanan, memang saya kecewa dengan jaringan Khyril itu. Ia satu pengajaran buat kami," ujarnya.

Begitupun, Khairul tetap yakin dia dan rakan- rakan sepasukan mampu menewaskan Perak malam ini.

No comments:

Post a Comment