Wednesday, January 14, 2009

Jang gah belasah Seladang - HMetro

Jan 14, 2009 Oleh Mohd Amin Jalil (am@hmetro.com.my)

NEGERI Sembilan bangkit daripada kekecewaan lalu apabila menjadikan Perak sebagai mangsa hasil kemenangan 3-0, dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri.

Dalam tiga perlawanan lalu, skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan mengatasi Pulau Pinang dan Kedah masing-masing dengan tiga gol namun tewas kepada Selangor dengan jumlah jaringan yang sama.

Shahurain Abu Samah menewaskan penjaga gol pelawat, Megat Amir Faizal untuk gol pertama Negeri Sembilan pada minit ke-8.

Tiga minit kemudian, giliran Mohd Rahman Zabul melakukan ledakan. Walaupun sudah memiliki kelebihan dua gol, Negeri Sembilan tetap melakukan asakan bertubi-tubi dan akhirnya Mohd Adil Zafuan menanduk kemas untuk gol ketiga Negeri Sembilan pada minit ke-66.

Usaha Perak untuk merapatkan jurang menerusi beberapa percubaan pada tempoh terakhir perlawanan oleh penyerang tunggal mereka, Razali Umar Kandasamy, tidak kesampaian sebaliknya penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Farizal Harun terus kebal mengawal kubu sehingga wisel penamat.

“Saya puas hati terhadap persembahan pemain walaupun terdapat banyak peluang yang gagal dimanfaatkan sepenuhnya, namun hasrat mendapatkan tiga mata berharga tercapai,” kata Wan Jamak selepas perlawanan itu.

No comments:

Post a Comment