Friday, January 9, 2009

Perak mahu kutip mata berharga - Utusan

Jan 10, 2009

IPOH – Benteng pertahanan Perak tidak retak walaupun salah seorang pertahanan utamanya tercedera menjelang pertemuan Liga Super menentang PDRM di Ipoh malam ini.

Jurulatih, M. Karathu menyatakan bahawa, Benedict Martin yang menjadi salah satu tonggak utama pertahanan Perak terpaksa direhatkan akibat keretakan buku lali kaki kanannya.

‘‘Saya perlu menyusun semula strategi pertahanan Seladang supaya tetap mantap,” jelas Karathu semalam.

Selain Benedict, pertahanan Perak diungguli oleh ketua pasukan, S. Subramaniam bersama-sama Chun Keng Hong dan Mohd. Hafiszuan Sallehuddin.

Jurulatih itu mengakui ketiadaan Benedict semasa menentang Selangor membuatkan pertahanan Perak agak longgar yang mana membolehkan Selangor menambah jaringan gol. Dalam perlawanan itu, Selangor berjaya mengalahkan Perak 3 - 1.

‘‘ Akibat kecederaan itu, kaki kanan Benedict terpaksa disimen dan direhatkan selama enam minggu namun Perak perlu mengutip mata penuh malam esok,” tambah Karathu.

No comments:

Post a Comment