Monday, January 12, 2009

Perak idam rebut mata - Utusan

Jan 13, 2009

Gambar ehsan Yob4ever.com

IPOH - Perak teringin membawa pulang sebarang mata dalam persaingan Liga Super menentang Negeri Sembilan di Paroi malam ini.

Jurulatih M. Karathu berkata, Perak perlu mengutip sebarang mata di gelanggang lawan jika mahu berada dalam kelompok lima pasukan terbaik.

Sebelum ini, Perak berjaya mengutip enam mata melalui dua kemenangan di Ipoh tetapi kalah 1-3 kepada Selangor di tempat lawan.

Oleh itu, Karathu mengharapkan anak buahnya dapat beraksi dengan lebih baik dan tidak mensia-siakan sebarang peluang gol.

Beliau agak terkilan apabila barisan serangan Seladang sering melakukan tembakan kosong sahaja dalam tiga perlawanan lalu.

''Mereka perlu mengetepikan sikap sedemikian yang mana boleh menjejaskan peluang Seladang untuk mencatat kemenangan yang lebih besar," tegas Karathu.

Barisan serangan Perak diketuai oleh Razali Umar Kandasamy dan dibantu oleh Shahrizal Mohd Saad, Wan Hossen Wan Abd Ghani dan K. Thinagaran.

Namun begitu, jurulatih tersebut tidak melakukan sebarang rombakan dalam penyusunan para pemainnya kerana mereka masih mampu mempamerkan persembahan yang mantap.

Mengenai skuad Rusa, Karathu berkata, Perak tetap menghormati lawannya yang mempunyai ramai pemain berpengalaman.

Oleh itu katanya, Perak akan mengawal lebih ketat pergerakan pemain Negeri Sembilan bagi mengekang kemaraan mereka kelak.

No comments:

Post a Comment